salam~ sempena maal hijrah ari jumaat ni..ku ingin berkongsi beberape perkare dgn kalian sume..mungkin ade manfaat bersame kn?
ok kat sini nk kongsi doa akhir tahun..tp maksudnye jekla eh..nk tau doanye dlm bhse arab..rse blh google kowt..(sorry coz i dont know the application nk tulis arabic ni la..) ok, here u r..
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam, Rahmat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Ya Allah apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi daku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan daku, dan Engkau memerintahkan daku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepada-Mu, ampunilah akan daku daripada yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripada-Mu. Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah. wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadap-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya."
Tema untuk hijrah tahun dpn plak ialah:
"___________ ukhwah, _________ ummah"
hihi..fill in the blanks with the correct answers..sje nk men teka2 lak..
sbnrnye..nk berkongsi kisah hijrah gak..tp t jd pnjg sgt lak post nih..byk bnde2 best tntg hijrah n awal muharam yg blh d kongsikan bersame ni..maybe next time..tapi..ni ade bonus tuk korg..
ni adalah amalan sunat yg special d bln Muharam..: (btol ke ayatnye ni..?)
1) berpuasa sunat pd 1-9hb
2) 10hb sunat puasa hari Asyura dan:
i. menyapu kepala anak yatim.
ii. bersedekah kepade fakir miskin.
iii. bercelak mata pada waktu malam.
iv. menambah perbelanjaan keluarga.
v. memperbanyakkan bacaan berikut sekurang2 nya 70 kali
Maksudnya: " Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penolong"
SUMBER: Indahnya Hidup Bersyariat, Ismail Kamus, 2009
Sekian..wasalam~


0 comments:
Post a Comment