? ??????????????BoomBox? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??339 Grabs Today. 453 Total Grabs. ??????
Get the Code?? ?? ?????Cloud Lines? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??41 Grabs Today. 62 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 13, 2012

semudah 1,2,3~

Assalamualaikum. How are you folks?


Lame tak menaip panjang selain dari menaip assignments. Hari ni tetibe rase cm nk menulis (itu pun nasib baik mase log in, tak lupa password, (Alhamdulillah) kalau tak mungkin berat rasanya nak menulis.)
baiklah. tetibe rase nak bersok-sek mengenai 'like' ->  berape orang yang kaki like kat sini, angkat tgn cpt, ohoho.. oklah, tapi kat sini dan sekarang ni am not gonna talk about random habit of liking others post on fb ke instagram ke (ohoho, sayalah noob yg baru ade instagram tu) or kat mane social website yg wujud di dunia siber ni (dan bkn hanya di dalam volga siber ni je ->)  tapi nk merujuk kepada diri sendiri dan orang lain yg suke like (dh suke, like la kan,,) post2 bersifat 'islamic' yg telah byk berada di pasaran (Alhamdulillah). Tidak dan sekali-kali bukan saya bermaksud untuk menafikan hak anda untuk meng-like apa sahaja terutamanya post2 bersifat islamik itu. Kan telah saya katakan, golongan ini adalah termasuk diri saya sendiri.

Di sini, saya hanya ingin menulis mengenai kesedaran kita sendiri dalam apa yang kita manifesto-kan dgn cara meng-like post2 berkenaan. Seperti kebanyakan orang (andaian sahaja bahawa ada orang lain seperti saya), saya akan tekan button 'like' itu bile dirasakan post itu best atau terkesan dijiwa atau tanda bersetuju dgn post berkenaan. TETAPI sejauh mana kesannya terhadap diri kita sendiri (saya)? Adakah hanya di medium2 tersebut kesedaran itu wujud dan akan hilang saat 'log off' ditekan? atau ia tersemat indah bagai brooch mahal mak cik Saleha pakai di tudungnye? (Disclaimer: mak cik Saleha adalah watak rekaan semata-mata, tiada kena mengena dgn sesiapa pun yg mempunyai nama Saleha)

Adakah kita golongan yang selalu disebut dalam Al-Quran sebagai golongan yang 'tidak mengambil pengajaran'? (Nauzubillahiminzaliq) banyak sgt contoh ayat Al-Quran yg ALLAH warning knape manusia tak terkesan di jiwanya peringatan2. Ayat seperti surah At-taubah: 124-127 contohnye, DIA telah menurunkan surah, orang yang beriman akan bertambah keimanannye dgn peringatan itu dan orang yang tidak beriman akan bertambah kekufurannya, maka di mana kita? menjadi orang yang merasa gembira atau orang yang 'tekan like' dan 'berlalu pergi' (berlalu pergi ni dlm ayat 127 tu bercakap mengenai orang kafir yg apabila diturunkan surah,mereka berpaling lalu pergi).

Begini, 1,2 &3:

Kita kena saling mengingatkan. (1)
"Sungguh, manusia dlm kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Al-'asr, 103:2-3)


Dalam masa yg sama, kita kena buat, (2)
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (As-saff, 61:2-3)


dan ambil pengajaran, (3)
"sesunguhnya pada yang demikian itu pasti terdapat pelajaran bagi orang-orang yg takut kpd azab akhirat..." (Hud,11:103)


kalau tak, kitalah orang yang menzalimi diri sendiri.
"Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sedikitpun, tetapi manusia itulah yg menzalimi dirinya sendiri." (Yunus, 10:44)

Wallahualam.


Psst, tolong cubit saya kalau saya masih lagi tak sedarkan diri mengenai hakikat ini. Please.

0 comments: